Sepanggar FM

http://www.freeflashplayer.info/ codes -->
Get your own free flash player

Teras 10 UMNO Sepanggar.wmv

Ahad, 13 Mei 2012

Mesyuarat Berkelompok Zon Pesisir ( DM - Bangka-Bangka )


Kg Sabang Baru Numbak Menggatal : Petang tadi telah diadakan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO Zon Pesisir bagi Daerah Mengundi Karambunai yang dirasmikan oleh Y,Bhg Datuk Jumat Haji Idris Ketua UMNO Bahagian Sepanggar yang juga Pengerusi Penyelaras BN Sepanggar. Berucap pada perasmian tersebut Datuk Jumat mengingatkan ahli-ahli agar bersiap sedia bagi menghadapi PRU13.

Pada majlis tersebut beliau turut menyumbangkan 2 buah Pump Air ( Pencegah Kebakaran ) kepada penduduk di kawasan tersebut sebagai salah satu alternatif para penduduk dalam mencegah sebarang kemungkinan kebakaran.

Terdahulu ucapan wakil Ketua-ketua Cawangan zon pesisir selaku Ketua kampung Sabang Baru Numbak Menggatal Sikam Mijan berkata, tujuan mesyuarat secara serentak tersebut diadakan mengambarkan semangat kerjasama dan bersatu dikalangan ahli-ahli UMNO di Kawasan tersebut. " Kami akan sentiasa menyokong sesiapa saja calon UMNO Sepanggar yang diletakkan oleh kepimpinan pusat bertanding di Parlimen Sepanggar dan DUN Karambunai... "sambil disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh ahli-ahli UMNO yang lain.

Turut hadir pada mesyuarat berkelompok tersebut, Naib Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Puan Hajjah Zaitun DSP haji Mohd Kassim,Naib Ketua Puteri Puan Aidawati Shamsuddin serta Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian En Arshad Hj Mantamin, En Rohan Sapri dan En Azizi Hj Bulah.    

Tiada ulasan: