Sepanggar FM

http://www.freeflashplayer.info/ codes -->
Get your own free flash player

Teras 10 UMNO Sepanggar.wmv

Selasa, 17 Julai 2012

TKM 1 PENANG DIBELASAH PENYOKONG SENDIRI!!

BUKIT MERTAJAM 15 Julai - Lebih 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Sejahtera di sini mahu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman meletak jawatan kerana gagal menunaikan janji yang dibuat parti itu semasa pilihan raya umum lepas. Wakil kumpulan berkenaan R.Chandran berkata penduduk di kawasan berkenaan juga kesal dengan pemimpin pembangkang kerana hanya pandai berjanji untuk meraih undi. "Kami kecewa dan rasa seperti ditipu kerana pelbagai masalah yang dihadapi penduduk seperti limpahan air dari loji najis ketika hujan lebat belum dapat diatasi malah lebih teruk sekarang ini." "Datuk Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri juga pernah berjanji untuk membina sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi gelanggang sukan, namun sehingga sekarang beliau masih membisu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Mansor meletak jawatan di sini hari ini. Katanya pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat kepada Mansor bagi meminta penjelasan berhubung janji yang PKR buat semasa pilihan raya lepas, bagaimanapun tiada sebarang balasan atau jawapan. "Penduduk di sini bukan 100 orang sahaja, tetapi beribu dan janji kami hari ini ialah tidak akan pangkah pakatan rakyat terutama PKR kerana sudah tidak percaya lagi," katanya. Bekas Naib Ketua PKR cabang Batu Kawan A.Loganathan yang turut hadir, berkata pemimpin pembangkang di kawasan berkenaan tidak pernah mengambil tahu nasib penduduk di situ. "Pernah penduduk di sini buat aduan kepada mereka (pemimpin PKR) tentang masalah yang dihadapi, tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan. Macam ini kah nak jadi pemimpin?" katanya. Katanya penduduk di situ beberapa kali menghantar surat kepada Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang jawapan. Pemikir Politik : PARTI KENCING RAKYAT terus tipu rakyat, kini penyokongnya sendiri mendesak TKM meletak jawatan kerana tidak tunai janji!! Inilah padahnya mengundi PR!!!

Isnin, 28 Mei 2012



Sunday, May 27, 2012

#HBN2012 - PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'


Video ucapan YAB Perdana Menteri dalam Himpunan Jutaan belia 2012 di Putrajaya

PEWARIS ANAK BANGSA
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.

# seketeriat Himpunan Jutaan Belia 2012

Isnin, 14 Mei 2012

Ahad, 13 Mei 2012

Mesyuarat Berkelompok Zon Pesisir ( DM - Bangka-Bangka )


Kg Sabang Baru Numbak Menggatal : Petang tadi telah diadakan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO Zon Pesisir bagi Daerah Mengundi Karambunai yang dirasmikan oleh Y,Bhg Datuk Jumat Haji Idris Ketua UMNO Bahagian Sepanggar yang juga Pengerusi Penyelaras BN Sepanggar. Berucap pada perasmian tersebut Datuk Jumat mengingatkan ahli-ahli agar bersiap sedia bagi menghadapi PRU13.

Pada majlis tersebut beliau turut menyumbangkan 2 buah Pump Air ( Pencegah Kebakaran ) kepada penduduk di kawasan tersebut sebagai salah satu alternatif para penduduk dalam mencegah sebarang kemungkinan kebakaran.

Terdahulu ucapan wakil Ketua-ketua Cawangan zon pesisir selaku Ketua kampung Sabang Baru Numbak Menggatal Sikam Mijan berkata, tujuan mesyuarat secara serentak tersebut diadakan mengambarkan semangat kerjasama dan bersatu dikalangan ahli-ahli UMNO di Kawasan tersebut. " Kami akan sentiasa menyokong sesiapa saja calon UMNO Sepanggar yang diletakkan oleh kepimpinan pusat bertanding di Parlimen Sepanggar dan DUN Karambunai... "sambil disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh ahli-ahli UMNO yang lain.

Turut hadir pada mesyuarat berkelompok tersebut, Naib Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Puan Hajjah Zaitun DSP haji Mohd Kassim,Naib Ketua Puteri Puan Aidawati Shamsuddin serta Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian En Arshad Hj Mantamin, En Rohan Sapri dan En Azizi Hj Bulah.    

Anak Parlimen Sepanggar: Kejohanan Bola Sepak @Sepanggar Curi Tumpuan Belia...

Anak Parlimen Sepanggar: Kejohanan Bola Sepak @Sepanggar Curi Tumpuan Belia...: Sukan dan budaya hidup sihat telah dijadikan asas utama terutamanya yang melibatkan aktiviti-aktiviti belia di Sepanggar... Baru-baru...